Amaran : Pastikan anda melihat video ini sehingga habis, baru scroll bawah !
sumber video : http://www.youtube.com/watch?v=bBi1o4x2lqI
Tahniah, anda seorang yang mendengar arahan . *clap 100 times* :)
so, apa pendapat anda ? Berdasarkan pengalaman anda, ada tak cikgu anda mengajar macam ni ? Kalau ikut pengalaman saya, cikgu zaman dulu, dia akan suruh kita salin balik apa yang ditulis dekat papan tulis. Lepas tu bagi kerja rumah . Esok kena soal . Tak dapat jawab, kena berdiri atas kerusi . Tak siap kerja rumah, jalan itik dari hujung bangunan, ke hujung bangunan , tak pun, pakai name tag "saya tak siap kerja rumah" pegi masuk kelas ke kelas . Aish, terkenang memori dahulu .
tersenyum sorang2 ingat memori zaman sekolah dulu
Ok, cukup pasal memori sekolah dulu, now back to now . aik? atau dgn kata lain, berbalik kepada masa sekarang lah .
Apa sebenarnya yang saya ingin sampaikan ? Ha, mesti semua tertanya-tanya kan ? Agak-agak apa dia ? Siapa dapat teka dapat hadiah !!!!! hehehe ~
Video yang anda semua tengok sampai habis tadi tu sebenarnya sangat berkait rapat dengan pembuatan blog ni . Saya sebagai bakal guru sangat-sangat dan amat tertarik dengan video tersebut . Memang saya akui, suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk belajar di samping dapat mewujudkan perhubungan yang baik antara guru dengan murid. Bukan itu sahaja, cara guru mengajar walaupun nampak seperti main-main, tapi bila exam, semua murid akan ingat (macam dalam video tu la).
Sebab tu la ada orang mengatakan teaching is an art yang mana menurut Gilbert Highet, mengajar melibatkan emosi, penghayatan, inspirasi dan bukan mengajar dengan menggunakan formula atau rumus-rumus tertentu sahaja . Tengok ... ini serious ~
MING MING WONDERPETS |
Maka, dengan itu, saya ingin berkongsi kepada sekalian bakal-bakal guru dan guru-guru dalam mengubah corak pembelajaran anda . Tapi, bagi sesiapa yang tak berkenan tu, sila-sila kan lah tegur . Bersama kita memartabatkan bidang profesion kita . yeah :)
Kepada murid-murid juga, zaman sekarang kan dah canggih-canggih, jadi tak salah kiranya anda nak menjenguk blog ini sebagai tambahan ilmu daripada apa yang diperolehi di sekolah . Wajib jenguk ! Ini kerana pembuatan blog saya ini memang tujuannya nak atasi masalah pembelajaran yang anda alami di sekolah . Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan pesanan di bahagian komen . Insyaallah, saya akan menjawab segala pertanyaan anda .