twitter
rss

Siapa rasa dia suuuuuusah saaangat nak ingat apa yang cikgu dia ajar ? sila angkat tangan .
eyh, kenapa saya pun angkat tangan sama ni ? (@_@)

ok, di sini saya nak kongsikan kepada semua pembaca blog kaedah mengingat yang mudah . siapa tahu ? siapa tahu ? tak payah nak angkat tangan tu . tak suruh pun .

Bagi saya, cara mudah nak mengingat adalah menerusi kaedah nyanyian . kaedah nyanyian yang saya akan kongsikan bersama adalah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi subtajuk Elektrik dan Elektronik Tahun 4, 5 dan 6.

Baca tak entry semalam ? THE CLASS CLOWN ~ kalau tak baca lagi, g baca dulu ! ha ... sama kan konsep tersebut ? Kalau seseorang cikgu tu asyik nak mengajar murid chalk and talk je, memang bosan apa yang cikgu ajar satu apa pun tak dapat nak ingat.

Siapa tahu lagu kanak-kanak enjit-enjit semut ? Mesti semua tahu kan ... lagu ni femes, kalah lagu Najwa Latiff tau ~ ala, lagu yang kak limah nyanyi tu ..... Kalau ada yang tak tahu tu, mari tengok video bawah ni dulu :

video

Dalam tajuk Elektrik dan Elektronik, perkara yang paling penting adalah dalam mengingat nama, fungsi dan simbol komponen elektronik. Ini memang sangat penting sebab sekiranya anda (murid) tidak mengingat nama, fungsi dan simbol komponen tersebut, nescaya anda akan gagal dalam keseluruhan tajuk ini kelak. Cuba anda fikir, kalau anda tidak tahu nama komponen tersebut, bagaimana anda hendak hasilkan litar dengan hanya merujuk kepda litak skematik atau bergambar sahaja ? NAMPAK MUDAH kan ~

Baiklah, tak perlu saya membebel banyak. Now, semua dah tahu melodi lagu ini kan ? sekarang, saya akan tunjukkan kepada anda semua lirik lagu komponen bagi tahun 4. jeng .. jeng .. jeng ...



tadaaaaaa .... inilah dia lirik lagu komponen elektronik bagi tahun 4 . Boleh tak nyanyi sendiri ? nak buat rakaman, suara tengah takde ni ,.. ehem .. ehem .. uhuk .. uhuk ... Kalau ada permintaan ramai yang tak tahu macam mana nak nyanyi, nanti saya pertimbangkan .

Apa pendapat anda ? senang tak nak ingat ? *komen anda adalah amat dihargai. sekian terima kasih*
bagi tajuk yang sama untuk tahun 5 dan 6 akan di upload nanti . sabarlah, hafal lirik lagu ni dulu . jangan gelojoh ~





1 COMMENTS NOW:

  1. salam kenapa lirik dia tak keluar ye? saya perlukan lirik tu untuk mengajar.mintak jasa baik awk utk publishkan lirik tu boleh?

Post a Comment